Tuesday, February 1, 2011

Pajak Gadai Emas & Ar-Rahnu

Salam. Baru-baru ni MM dipanggil mama untuk bincang tentang hal emas pusaka daripada Allahyarhammah nenek. Rupa-rupanya mama mintak MM temankan dia pegi Ar-Rahnu sebab katanye nak check nilai terkini emas pusaka yang dia dapat. MM pun tak pernah berurusan hal-hal gini, so terpaksa tarik hubby pegi skali. Lagipun, hubby memang tahu hal-hal pajak gadai emas ni sebab dia ada membeli emas-emas terpakai ataupun baru dengan harga yang tinggi dari orang ramai. (Saper dok area Alor Star and pekan-pekan terdekat kalau nak jual emas datang jumpa MM ye. hehe)

Ini gambar emas pusaka tersebut.


 
 

Ar-Rahnu menganggarkan nilai keseluruhan emas pusaka ni RM13-14k. Hmm.. Itu nilai pasaran pada hari tersebut. Lagipun, hari tu semua jenis emas turun sehingga RM4.00 bagi segram dari hari sebelumnya. So, bayangkan la kalau harga emas mencecah RM160 segram, mau tak kaya? Huhu. Neway, mama aku la yang kaya, bukan aku. Aku bila lagi nak kaya? Tunggu menang loteri dlu kot.. Ngahahahaha!

Yang tadi tu baru nilaikan je. Emas yang diterima oleh Ar-Rahnu hanyalah emas tanpa batu permata. So, untuk emas berbatu permata, kena la pajak kat kedai-kedai emas biasa je. Kalau nak pajak gadai kat Ar-Rahnu plak, dia akan bagi pinjaman sebanyak 65% dari nilai emas yang di pajak gadai. Then, Ar-Rahnu akan simpan emas kita selama tempoh maksimum 6 bulan. Every month, kita kena bayar upah simpan kepada Ar-Rahnu lebih kurang 0.7-1% (kalau tak silap aku) dari nilai emas tersebut. Then, apabila sampai tempoh maksimum simpanan, kita kena beli balik dengan nilai yang dipinjamkan tadi tambah upah simpan selama 6 bulan tu. Kalau kita tak berjaya beli balik, emas tersebut akan dilelong serta-merta oleh Ar-Rahnu.

Hasil kajian aku mendapati (ceh ayat skema macam ayat tesis plak) Ar-Rahnu membeli setiap gram emas dengan harga 65% dari nilai yang dipajak gadai manakala ada sesetengah pembeli emas luar membeli dengan harga 60% (yakni lebih rendah) ataupun 70% (yakni lebih tinggi) dari nilai sebenar. Pandai-pandai kita la nak cari the highest bidder for our gold. My hubby amik tinggi skit dari Ar-Rahnu yakni 65-70%. So, kalau ada sesaper yang tinggal area Alor Star dan sewaktu dengannya nak pajak gadai emas, boleh la contact aku di 012-4212538 (Ramlah- nama sebenar aku da..hahaha. Kantoi sudah), 012-3354686 (Sham- my hubby) or emel me at sitiramlahabdulrani@yahoo.com

Sekian, wassalam. (^.^)

12 comments:

cik bahulu oren said...

if i'm not mistaken
bila ar rahnu yg lelong then price lg tggi dr hrga yg kita pjk, kita bley dapat balik extra amount tu..itu yg blaja masa amik islamic banking dulu..hehehe

Mawar Merah said...

@cik bahulu oren Ye ke? Wow.. Bgus la mcm tu. Meaning, Ar-Rahnu pun xla amik untung ats emas kita. Ingatkan bila dia lelong, dia kasi jumlah yg dia injamkan tu je.

apak cikidong said...

apak ada kat loqstaq ni.. tapi apak tadak apa nak gadai wahai mak melah.. hihih

Mawar Merah said...

@apak cikidong Ngahaha.. Seeloknya emas xpyh la digadai, sbb bukan senang nak beli or dpt emas. Tp, kalo time terdesak tu, boleh la.. O apak org aloq sta jugk rupanya.. slmt bercoti...

ayujamal said...

sayangnya emas lama tu kalau nak dipajak sume...

puanbee said...

wah terus buat bisnes yer..haha kalo bee tk jual nyer barang tu sayang !...tapi bee tk der pun emas byk cam tu heee

Mawar Merah said...

@ayujamal 2 la. Skali dh gadai, dh xde dah...

Mawar Merah said...

@puanbee Bisnes hubby la bee.. MM tlg crkan seller je. huhu (^.^)

Ted said...

Saya ada jugak emas nenek dulu, Emas 10 pulak tu. Tapi mmg simpan jela buat pakai atau guna kalau terdesak t.hehe. Nak jual sesaja je sayangla pulak, emas makin mahal lak tu skang.

mamaafzal said...

mama tgah kumpul duit nak beli brg kemas sebagai investment masa tua nanti..:o)

apak cikidong said...

apak bukan orang loqstaq, tapi orang rumah...

zuwairi said...

Untuk mencapai Financial Freedom, kite kena ade 4 perkara :
Email saya & saya akan terangkan juga Teknik Memajak Emas Cara Sistematik http://WangRezeki.com

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com