Tuesday, January 4, 2011

"Sayang, Kulit U Makin Cerah & Gebu La. U Pakai Apa?"

Semua orang sekarang sibuk nak cerahkan kulit badan. Jangankan kata kaum pompuan, kaum lelaki pun sama. (take my husband and my younger brother for example). Yang kulit dah semulajadi cerah and gebu, no hal la. Namun, maintenance itu penting kan? Kalau tak, berkerak la kulit lama-lama jadi makin gelap dan kusam jua.

Kali ni, aku nak MENDEDAHKAN (sila baca dengan selingan bunyi guruh kilat) rahsia jelitawan mengekalkan kecerahan kulit mereka. Sudah tentu la korang dah bohsan mendengar perkataan ni kan- MANDI SUSU! Oh! Jangan la bosan. Please don't. Memang la qenyah (bahasa Kedah yg bermaksud susah) kalo asik nak kena mandi susu ni kan semata-mata nak kulit cerah? Tapi, rajin-rajinkanlah kita mandi susu.

Aku nak kongsi jenama sabun susu paling laris dan mudah didapati di mana-mana pasaraya terutamanya di Watson & Guardian. Murah je. Senang guna. Stok tahan selama beberapa bulan. Tak perlu berendam susu, cuma perlu gosok ke badan dengan shower puff je. Amalkan setiap hari, insyaAllah kulit korang akan semakin cerah. Parut pun makin pudar. Kulit pun lembap dan wangi je. Tak kering macam lepas mandi susu kat salun-salun nun.

JOHNSON'S BABY MILK BATH

Kredit to Google: Johnson's Baby Milk Bath
Kredit to Google: Refill
Cakap pasal keberkesanannye, meh sini aku nak bagitau yang ianya MEMANG BERKESAN! Buktinya, aku yang kadang-kadang dapat sunburn after wat aktiviti luar pun hilang after 3,4 hari mandi pakai sabun susu ni. Namun, untuk mendapat kulit segebu minah salleh, jangan la plak korang expect ianya akan berkesan serta-merta yek dengan hanya menggunakan produk ni. Itu kena la wat plastic surgery or skin bleaching, baru la dapat. Harganye tak tau la plak aku coz tak penah nak amik tau. Sakitnye Tuhan saja yang tau (dan org yg berpengalaman). Aku pun amal sabun ni selama 4,5 bulan, baru la family kat kampung tegur apa aku pakai sampai kulit jadi semakin cerah. Itu pun kira ok la kan. Low-cost, painless, effortless. Tak perlu ke salun. Hanya guna jari! =P

Selamat mencuba! (^.^)

17 comments:

NurSolehah said...

eh samalah k.mawar... tp kulit sy xgebu2 ag ni... haiii xley jd ni :(.. kih3

Mawar Merah said...

@NurSolehah Eh. Ye ke Nur? Akak mandi hari-hari pakai sabun baby milk bath ni, kulit akak makin cerah dan gebu jek. Bukan nak perasan or menipu, tp memang nampak la perubahan dia. Memang ketara. =p

Mawar Merah said...

@NurSolehah Lumur pekat-pekat kat kulit tu lagi. ngahaha =P

♥ AyaHikari ♥ said...

saya tidak suka minum susu tapi saya suka sabun susu. hak3.

Mawar Merah said...

@♥ AyaHikari ♥ O. Aya pun mandi pakai sabun ni jugk ke?

Mariana said...

i selalu curi pakai anak i punye. Rupenye ader kebaikannye jg ye...patotla rase kulit lain je.

Indah Mulya said...

wooo..tol ke kak mawar??
hehe..seronok tol kalo cmtuh

Mawar Merah said...

@Mariana Huhu. Owh.. Baby pun pakai sabun ni. Mmg lembut pd kulit bayi. Sedap la bau dia. Kan?

Mawar Merah said...

@Indah Mulya Btol.. Akak tak tipu.. Meh tgk kulit akak meh. Ngahaha =P

Cik Nina said...

eishhh betol ke ni sis? sy nk g watson jap eh beli sabun nih..hehe ;)
btw, tq 4 sharing dis info...

Mawar Merah said...

@Cik Nina Btol.. 1000x btol.. Hehe. Amalkan sabun ni je sampai bila-bila n lihatlah perubahannye. *mcm iklan lisdawati X?*

Mariana said...

aah bau diye sedap dan kekal lama...sukeeee

mamaafzal said...

mama memang amalkan milk bath utk my son.kulit dia semua org puji lembut.tapi very lembut sampai senang lebam even gigitan nyamuk..hehe

Mawar Merah said...

@mamaafzal Cian bb mama.

ULtradya said...

rasa kulit lembut ja n wangi..............

She's retarded said...

dari susu tu buat air mandi baik minum,sedap dan refreshing

Huraizah Zakaria said...

Cara selamat untuk putih kan...dari dok sental dengan bahan - bahan kimia yang masuk ke dalam darah....

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com