Wednesday, December 29, 2010

Camne Nak Tampil Cantik Secara Asli Tanpa Mekap (Macam Orang Dulu-dulu)

Gambar Saloma: Kredit to Google utk gambar

Salam abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu semuanya.. Kali ini Mawar Merah ingin memaparkan rahsia BESAR kecantikan asli mak-mak dan opah-opah kita semasa mereka masih muda remaja. Korang tak pelik ke macam mana perempuan-perempuan zaman dulu pinggangnye boleh ramping kerengga, dadanye montok, pinggulnye melentik (kaum lelaki please jangan bayang eh!), kulit mukanye alahai mulus macam kulit telur itik? Sedangkan perempuan zaman sekarang (kita la tu!) pinggang berlipat-lipat, perut buncit, bontot (ops! pinggul lebih sopan bunyiknye) lebar dan jatuh, dagu berlapis, muka berjerawat? Orang zaman sekarang kalau nak cantik sampaikan kena mekap tebal, pegi buat liposuction segala. Orang dulu guna satu cara je. Apakah cara itu?

Ha.. Sesungguhnya kecantikan asli mereka itu lahir dari amalan pemakanan yang seimbang lagi sihat-iaitu ULAM! Orang dulu-dulu tak tibai KFC, McD, Pizza Hut, Nandos, Kenny Rogers etc. Mereka tibai ULAM! Aku bukan cakap bohong tau. Buktinye ada di depan mata korang sendiri. Balik la kampung and mintak mak korang album diorang masa kecik-kecik and muda remaja dulu. Then tanye mak and opah kurus ramping makan apa. Tak lain jawapannye makan ulam la. Ulam banyak khasiat dia- vitamin anti-bakteria, anti-oksidan etc. Ada yang boleh bantu kurangkan berat badan, cantikkan kulit, cerahkan penglihatan, buang kencing manis dan darah tinggi dan macam-macam lagi la. Tapi aku tak ingat la khasiat setiap ulam tersebut.

Aku memang hantu ulam. Kalau ada ulam depan mata aku, memang aku makan macam kambing. Masa arwah nenek bela aku dulu (al-Fatihah untuk nenekku), memang hari-hari makan ulam. Arwah nenek ajar aku makan ulam dengan sambal belacan seawal usia aku 4 tahun. Aku masih ingat lagi Tok (panggilan nenek aku) tanye aku, " Sedap dak?". Aku angguk and tibai lagi ulam and sambal belacan tu. Sampai habis sepiring. Memang sedap walaupun rasanye bercampur-campur-pahit, kelat, manis, masin (sambal belacan).

Aku wat entri ni bukan apa. Sebab aku tau ramai golongan belia dan remaja zaman sekarang tak tau ulam-ulaman yang ada kat Malaysia ni. Yang diorang tahu makan timun and tomato je buat ulam. (termasuklah suamiku-bandar style beb). Siap dia tanya aku nape aku makan daun tu. Kikiki. Adei.. Kelakar. Daun U cakap Yang? Itu ulam la. Takkan I nak makan sebarangan plak.. Alahai.. Rindunye zaman dahulu kala, hari-hari arwah Tok serve ulam masa makan tengahari and dinner. Rumah Tok penuh ditanam ulam-ulaman sekeliling kampung. Memang best.

Meh kita berkenalan dengan ulam-ulaman meh. Mudah-mudahan lepas ni ramai yang rajin makan ulam.
PUCUK PUTAT
Makan mentah. Rasa kelat-kelat manis.

Kredit to Google
ULAM RAJA
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit sedikit.

Kredit to Google
PEGAGA
Makan mentah. Rasa pahit-pahit manis.

Kredit to Google

TERUNG BELANDA/ PIPIT
Direbus atau makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
CEMUMAR
Makan mentah atau direbus. Rasa pahit-pahit manis.

Kredit to Google
DAUN SELOM
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
PUCUK & BUAH MENGKUDU
Direbus. Rasa pahit yang amat!


Kredit to Google
 DAUN KADUK
Direbus. Rasa sedikit pahit dan sedikit manis.

Kredit to Google
SEKENTUT
Makan mentah. Rasa pahit-pahit manis. Bau macam kentut orang!


Kredit to Google
 CEKUR MANIS
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
PERIA PANTAI
Direbus. Rasa pahit. Sedikit manis.

Kredit to Google
Selain ulam-ulaman yang aku sebutkan di atas, peria katak, pucuk inai, pucuk petai belalang, jantung pisang, pucuk daun letup, kangkung dan macam-macam lagi jenis ulam yang aku tak tersebut dan tak teringat namanya sering menjadi kegemaran peminat ulam. Cicahlah dengan budu, cencaluk, sambal belacan secara mentah atau direbus, memang sedap and layan syok habis bila makan dengan nasi panas.

Semoga amalan memakan ulam akan membantu kita mendapatkan tubuh badan yang sihat lagi sempurna. "Kecantikan adalah hak milik setiap insan" =P




Monday, December 27, 2010

Guna Yogurt Pun Boleh...

Kredit to Google
Yum..yum..yum.. Sedapnye tengok gambar yogurt kat atas ni. Tambah-tambah plak kalau yogurt perisa strawberi. Oh! So fantastic-tasting. Chilled and served with grapes plak. Pergh!!! Memang menggiurkan!

Ok. Kali ni aku nak kongsi satu tips yang aku dapat dari bestfren masa kat sekolah menengah, Cik Akmal Farahatul Wahida. Tips ni dia bagi aku masa kami sama-sama dating slash outing kat City Plaza. Masa tu Tesco, Giant & Alor Star Mall blum ada kat Aloq Staq-so bygkan how old we are now. Still young 25 ok.

Okes. Cik Akmal ni memang la seorang yang sangat mementingkan kecantikan. Aku suke tengok rambut dia yang perang-perang dan cantik ikal mayang tu. Aku tanye la, syampu apa dia guna sebab rambut dia berbau sangat harum-like YOGURT! Dia pun tersengih and admit yang memang dia gunakan yogurt pun as conditioner. Wow I thought! Very brilliant Akmal! Like this is the yummiest yet natural way to condition your hair. Tambahan plak aku ni memang la orang yang paling benci sapu hair-conditioner kalau kat rumah coz aku tak suka melekit-lekit tu. Unless aku gi salun rambut, then aku tak kesah sebab tangan orang kedai tu yang melekit. heheh.

So, aku pun apa lagi, seret dia temankan aku gi pasaraya berdekatan dan beli yogurt tu. Ha. Korang jangan plak bli yogurt yang ada perisa strawberi, oren segala tu. Bukan yogurt itu ye yang digunakan untuk wat hair conditioner. Belilah yang asli, yang tak dicampur gula di dalamnye. Kang rambut kena hurung semut plak. Ala.. Kat Tesco banyak jual sekarang.

Ok. How to use the yogurt?

1. After shampooing dan bilas rambut , dry your hair using a towel.

2. Then, dalam keadaan menunduk yakni rukuk, apply the yogurt to your hair. (Beware jangan sampai masuk mata). Apply keseluruh kepala sambil mengurut-ngurut kulit kepala anda. These will help blood circulate well to your head and cleanse your scalp from dandruff and dirt.

3. Then, cepat-cepat bungkus kepala dengan towel. Biarkan selama sekurang-kurangnya 10 minit untuk yogurt meresap ke dalam kulit kepala dan folikel rambut.

4. After that, bilas dengan air sejuk sehingga bersih.

Then, walla! A beautiful, rich-moistured, free-tangled hair on your head.

Selamat mencuba!

Tips Dari Consultant Mayfair

Aloha! Lalala.. Aku dalam mood baik hari ni coz bila aku teringat spa Mayfair tu, teringat la akan aku betapa seronok dan bestnye rasa apabila badanku diuli, diurut, dibelai dan dimanja di situ. Lega segala urat-sendi yang stiff akibat stress bekerja seharian suntuk. Ah... Alangkah bestnye kalau aku masih dapat mengikuti program Mayfair tersebut. Tapi, langit tidak selalunya cerah, hidup tidak selalunya indah. Hubbyku tetap berkeras tak bagi aku sambung program tersebut. Wuwu.. Sedih di situ.

Ok, meh kita kenang keindahan mengikuti program pelangsingan badan di Mayfair Alor Star daripada bersedih-sedihan. Aku nak cerita tips-tips yang aku dapat dari personal consultant aku semasa berada di Mayfair dulu.

1. Pemakanan

Pertama sekali, to get a great body like model and macam pekerja-pekerja di Mayfair tu, jumlah pengambilan makanan kita seharian haruslah dititik-beratkan. Ukurlah makanan anda dengan menggunakan kaedah Eat Well Plate seperti di bawah.


Kredit to Google
 Kurangkan:
- Nasi, mee, bihun, kueteow, roti, biskut, pastries. (ini kena kurangkan tahap cipan. U get what I mean?)
- Minyak/butter, garam, gula, mayonis. (kalau tak tahan tawar, tambah secoet je dalam makanan).
- Kuah-kuah seperti gulai, kari, masakan bersantan, masak kicap, masak sos.
- Daging lembu/ayam yang berlemak serta makanan laut.
- Susu, keju etc. (produk tenusu tak leh ye).
- Ice cream, kek, coklat, kuih-muih dan pencuci-pencuci mulut yang lain.
- Minuman bergas, beralkohol, milo, sirap, kopi, teh.

Banyakkan:
- Sayur, salad, buah-buahan segar.
- Ikan, daging ayam, daging lembu, salmon.
- Produk berasaskan soya.

2. Bersenam

Kredit to Google
Semasa aku di dalam program Mayfair, I was strictly forbidden to exercise yang jenis hard-core or pendek kata, yang akan strain otot korang. Coz theory Mayfair is bila kita bersenam dengan teruk, otot akan terbentuk dan membalut lemak yang menyelaputi otot lama. So, exercise yang paling sesuai untuk menurunkan berat badan is cardio-exercise seperti rope-skipping, aerobik, berjalan cepat.

3. Krim pecah lemak dan urutan pada selulit.

Kredit to Google
Kat pasaran sekarang dah kuar macam-macam jenama krim pecah lemak dari Losyen Mustajab Pati Halia sehingga la ke Mayfair Cellulite Serum (promote skit coz memang bagus tau!). Pesan akak consultant yang cantik macam Miss World tu, kalau setakat kita amik krim tu and sapu pada kulit macam tu je, jangan harap la nak berkesan mana. Krim tersebut hanya akan menyerap ke dalam kurang 10cm dari permukaan kulit. Tapi, kalau kita sapu krim tu, then urut bersungguh-sungguh kat kawasan berselulit tu, krim tu akan menyerap lebih cepat dan lebih jauh ke dalam kulit sehingga ke permukaan lemak/selulit. Dengan urutan tu jugak, selulit yang berketul-ketul dapat dipecahkan sedikit demi sedikit.

So, itulah serba sedikit tips yang aku dapat dari Mayfair untuk dikongsikan dengan korang semua. Hope berguna untuk korang ye..

Nak Kulit Muka Yang Bersih & Licin? Ikut Petua Ni

Salam kawan-kawan...

Ini adalah entri pertama aku berkenaan tips kecantikan. Ok. Saper tak nak cantik kan? Semua orang nak cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. AKAN TETAPI!!! (haha tetiba) Bila orang nak mengadili kecantikan, tak lain tak bukan mesti diorang tengok terus ke muka kita terdahulu. Ok. (berapa banyak ok da..) Nak muka nampak cantik? Bagi yang cantik semulajadi, bersyukurlah. Tapi bagi manusia-manusia yang tak cantik macam aku ni? Mekap la jawabnya. Nak mekap pun, kalau kulit menggerutu dengan jerawat, parut, jeragat segala, kureng jugak kan hasil mekapnye? So, nak mekap lekat cantik di kulit, asasnya (iaitu kulit muka) haruslah sempurna terlebih dahulu.

Bagi yang mempunyai masalah seperti kulit muka berjerawat, berparut, kering, berminyak, berjeragat, white head/black head- ubat bagi segala penyakit kulit tersebut tak lain tak bukan rutin rawatan muka yang berterusan dan konsisten. Aku dulu pun ada jerawat dan parut di seluruh muka. Plus muka berminyak sentiasa. Tapi, kerana rajin merawat muka, maka kulitku kembali normal. Alhamdulillah. Bagi yang tak nak ke salun kecantikan untuk mendapatkan rawatan muka, buat di rumah sendiri pun boleh.. Asalkan korang istiqamah.

Rahsia kulit muka sihat dan bersih dari segala kecacatan kulit adalah seperti berikutnya:

1. Bersihkan muka dengan sabun pembersih muka 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
Kredit to Google
Ok la. Kalo korang malas or tak cukup masa nak buat tiga kali, dua kali sudah memadai iaitu pada waktu pagi dan malam (sebelum tido). Cuci muka di waktu tengahari baik untuk kulit kerana ia akan menyegarkan kembali kulit muka yang kehilangan air dan dapat mencuci kotoran-kotoran yang melekat di kulit muka. Jangan cuci muka lebih dari 10 minit, nanti kulit korang akan rasa tersiat akibat terlampau kering.

2. Toning atau gunakan penyegar kulit muka setiap kali selepas mencuci muka.
Kredit to Google
Ha.. Aku tau, tak ramai yang rajin guna penyegar selepas cuci muka kan? Korang tau tak kalau korang skip rejim penjagaan kulit ni, maka cuci la muka banyak mana pun dengan sabun muka dari produk jenama termahal dan terkenal, kulit muka korang tetap takkan jadi perfect. Sesungguhnya, toner atau penyegar ni la yang akan membantu mencuci kotoran-kotoran dan sisa-sisa sabun pencuci muka tadi kat wajah korang. Selain itu, toner inilah yang akan membantu menutup kembali pori-pori muka yang terbuka semasa muka di cuci dengan pencuci muka tadi. Cara terbaik apply toner ke kulit muka adalah dengan menggunakan kapas. Ambil kapas, letakkan toner di kapas tadi dan gosok lembut berulang-kali ke seluruh permukaan kulit wajah. Korang akan dapati kesan coklat/daki pada kapas tadi. Itu la kotoran yang masih ada di kulit korang yang menyebabkan kulit muka tersumbat dan seterusnya berjerawat.

3. Moisturising atau lembapkan kulit setiap kali selepas menyegarkan kulit dengan toner.

Kredit to Google
Melembapkan kulit juga adalah penting kerana kelembapan kulit selalunya akan hilang selepas kulit muka dicuci dengan sabun pencuci dan penyegar kulit. Tanpa pelembap ini, kulit muka korang akan menjadi sedikit mengelupas di bahagian-bahagian tertentu seperti celah hidung, hujung bibir, lekuk dagu atau hujung kening. Kalau pakai mekap kang, of coz la tak nampak cantik kerana muka akan nampak berkuping. So, make sure korang pakai jugak moisturiser ni ok. Bagi yang berkulit kering, carilah moisturiser dari jenis krim manakala bagi yang berkulit berminyak atau kombinasi, guna la moisturiser jenis light lotion. Macam aku, aku pakai Dewy Lotion from ZA. Sedap lagi baunya coz diperbuat dari ekstrak teh hijau. Orang yang rajin pakai moisturiser, kulitnya akan tampak lebih muda berbanding orang yang tak pakai moisturiser. Moisturiser juga boleh melambatkan penuaan kulit muka. Korang nak nampak muda sentiasa kan? Kan? Kan?

4. Scrub muka setiap 2 minggu sekali.
Kredit to Google
Kegunaan scrub adalah untuk mengangkat dan membuang kulit-kulit mati pada wajah korang. Parut-parut di muka kita tu kan adalah kulit mati juga. So, at the same time, scrub ni akan membantu memudarkan parut-parut di muka kita. Juga untuk buang black/white head tau. Semasa scrub, tumpukan pada kawasan-kawasan yang selalu mengelupas seperti di celah hidung, hujung bibir, dagu dan dahi anda atau di kawasan berblack head or berwhite head dan ber ber lagi.. Amaran: Jangan scrub kuat-kuat/tonyoh scrub di muka anda kerana dikhuatiri akan melukakan kulit anda. Dari nak buang parut, terus muka bertambah parut plak.

5. Pakai face mask setiap 2 minggu sekali.

Kredit to Google lagi...
Now now.. Kat pasaran ada macam-macam jenis face mask. Sama ada korang nak pakai yang jenis peel-off, pupur or face mask jenis kertas. (erk, btol ke dr kertas?). Face mask jenis peel-off ni selalunya untuk buang kulit mati, kotoran, black head, white head pada wajah. Macam aku guna jenama ZA coz masknye sangat power kuat. Boleh tarik black head kat idung ni. (Best!) Face mask jenis pupur pulak selalunya digunakan apabila korang mahu cantikkan kulit supaya kelihatan lebih bermaya dan sihat (dan juga ada pelbagai kebaikan lain) . Selalunya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti oren, timun, tomato dan avokado. After tinggalkan kat kulit selama 5-10 minit, anda just perlu basuh dengan air sehingga bersih. Last skali face mask daripada kertas. Face mask jenis ni aku suka juga kerana senang dipakai dan tangan tak comot or belengas. Just bukak mask dan tekapkan ke muka selama beberapa minit. Usually, aku akan pakai mask ni sampai dia kering. Ha.. Baru puas hati coz serum or pelembap yang ada pada mask tu dapat menyerap sepenuhnya ke kulit muka aku.

Tak kesahlah korang pakai produk penjagaan kulit muka dari pape jenis brand pun, asalkan korang guna produk yang sesuai dengan jenis kulit korang- NORMAL, OILY or DRY. Nak selamat, guna la produk yang nearly 100% from natural resources like timun (bagus untuk detoxifying), honey (untuk melembapkan kulit muka), oren (untuk mencerahkan kulit) or tomato (awet muda).Kalau boleh, jangan campur-campur produk coz kita tak tau for sure bahan apa yang ada dalam produk yang kita pakai tu. Dibuatnya ada chemical reaction lepas campur, naya je muka korang. Terus jadi lagi teruk. Ok. Rajin-rajinkan diri untuk amalkan 5 langkah penjagaan kulit muka di atas. Dan kulit yang bermasalah akan kembali normal.

Sunday, December 26, 2010

Al-Fatihah Untuk Seorang Bayi Yang Tak Sempat Menjengah Ke Dunia Ini

Salam kawan-kawan. Aku dalam mode berkabung dan sedih.

Ketentuan Allah s.w.t, siapalah yang boleh melawannya. Kita cuma manusia biasa yang takde kuasa. Jika Allah katakan, matilah kamu, maka matilah kamu.

Semuanya bermula pada hari Jumaat, 24 Disember 2010 yang lepas. Seperti biasa, aku bangun lewat pada hari cuti tersebut. Tengok di sebelahku, Cayang masih nyenyak tido. Taknak la kacau, kesian dia semalam tido lambat sebab temankan aku membeli-belah barang mekap (lagi...)

Aku pun terus la ke bilik air untuk mandi. Biasa la, dah pagi-pagi ni, mengelamun la aku. Tengah menahan kesejukan air di waktu pagi, tetiba hati aku terdetik. Tetiba je aku terpikirkan isteri sepupu Cayang, Nani yang tengah sarat mengandung 7 bulan. Nani memanglah sangat caring dan peramah. Tiap-tiap kali ada kesempatan berjumpa, mesti kami berdua berkepit je. Maybe sebab kami sama-sama anak menantu dari Kedah. Teringat la aku yang Nani rajin menelefon kami suami-isteri untuk bertanye kabar most weekend. Dan aku pun teringat entah macam mana la keadaan Nani sekarang yang sedang mengusung perut dengan bayi comel 7 bulan di dalamnye. Aku dah berangan-rangan nak call Nani tanye keputusan scan jantina baby. Boleh la aku beli hadiah untuk baby nanti. But disambung dek lamunan plus air sejuk tu (yes rumah sewa aku takde water heater), maka aku pun terlupa untuk call Nani. Dalam hati kata, "Takpe la. Nanti2 la aku call dia. Maybe dia tengah busy keje".

Weekendku berlalu seperti biasa. Hari Sabtunye, aku dan Cayang mengikut Ayah, Mama, Kaklong, Abang ipar & BB Isyraf ke majlis pertunangan Myra, sepupuku sebelah Ayah. Perjalanan untuk ke majlis yang diadakan di Bendang Raja, Pendang, Kedah memang mencabar coz Jalan Langgar-Pendang tu masih belum siap- berlubang2, sempit, berhabuk segala la. (Haish kontraktor HCM-Molek. Projek kamu tu dah masuk projek sakit tau tak? Tak takut kena terminate and blacklist ke?).

Otw ke sana, tetiba Mak Cayang call dia. "Nani tumpah darah masa kat Plus Toll td pukul 6 pagi. Sekarang dah kat Hospital Seberang Jaya. Doc tengah check keadaan dia". Aku yang sedang memasang telinga dan terdengar butir perbualan Cayang dgn Maknye pun tersentap dan trus air mata keluar macam waterfall. Entah kenapa sebak sangat aku mendengar khabar berita tu. Macam mana Nani boleh jadi macam tu? Timbul rasa sedih kerana Nani dah macam family aku sendiri. Dia pun susah mengandung macam aku. Sekarang, anak yang dia kandung dalam bahaya. Aku rasa macam yang sedang bertarung nyawa itu adalah anak aku sendiri.

Selesai ke majlis Myra dan kawan Cayang kat Sik, Cayang call Pa'in, sepupunya untuk bertanyakan keadaan Nani dan baby. Pa'in bagitau yang Nani terpaksa dibedah dan Doktor discover yang baby sudah meninggal dalam perut kerana tak dapat oksigen. Doktor kata air ketuban Nani bertambah banyak terlampau cepat dari normal. So, baby dapat ruang yang luas untuk bergerak aktif. Bila baby terlampau aktif dalam perut, secara tak sengaja uri yang tertarik dan lekang dari rahim ibu. Sebab tu la Nani tumpah darah dan baby terputus bekalan oksigen dan makanan.

Semasa Cayang call Pa'in, jenazah baby sudahpun diserahkan kepada dia untuk dibawa pulang. Dan jenazah baby dimandikan, dipakaikan baju yang Nani dan Pa'in belikan beberapa minggu yang lepas, disembahyangkan di Masjid Bukit Kechil Juru dan dikebumikan di tanah perkuburan masjid tersebut. Kata Mak Pa'in, walaupun muka, kepala dan sebahagian badan baby hitam kerana lebam tidak mendapat oksigen, tapi sebelah badan baby kekal putih gebu. Mukanya pun comel, seolah-olah sedang tidur. Dan pergilah seorang bayi perempuan yang cantik dan comel, menunggu ibunya Nani di akhirat nanti. Aku baru menjenguk Nani semalam di hospital. Keadaannya sangat lemah. Aku kagum dengan Nani kerana dia lebih tabah dari aku. Aku sudah berlinangan air mata semenjak hari Sabtu lepas. Even di hadapannye pun jenuh aku menahan air mata dari tumpah. Namun, Nani aku lihat mengukir senyuman padaku, tanda dia tabah, redha dan bersabar dengan ujian Allah s.w.t.

Sesungguhnya, aku tidak setabah Nani. Perginya puteri Pa'in dan Nani sebelum sempat menjenguk dunia membuatkan hatiku parah. Seolah-olah puteri mereka itu adalah puteriku juga. Aku rasa kehilangan yang amat. Dan aku sangat cemburu pada Nani kerana di akhirat nanti, tatkala dia dahagakan air sementara menunggu dihisab Allah s.w.t., dia ada seorang puteri yang akan menyuapkan dia minuman. Semoga baby, Nani dan Pa'in sabar menunggu sebelum bersua kembali di dunia yang kekal abadi.

Wednesday, December 22, 2010

Pencarian Blogger Peramah 2011

Assalamualaikum w.b.t. Mariii...bertaranumm... (Sila nyanyi ikut lagu rancangan tersebut). Hahaha. Lagi aku kena tag untuk join contest/giveaway/award. Kali ni, sape plak yang tag aku? Tak lain xbukan Cik Adik Merah (ha...nama dah nak sama tu).

Alkesahnye... Aku copy je la ayat dari blogger tersebut:

Ahsfantasy24.com kini sedang mencari blog blogger peramah untuk dimuatkan ke dalam listblog blogger peramah sesi 2011. Ayuh membantu ahsfantasy24 untuk mengesan tidak kira blogger lama ataupun baru, asalkan tidak sombong. Saya menjemput semua follower saya dan juga mereka yang tahu tentang pencarian ini menyertainya. Hargai sekiranya anda dijemput untuk menyertai pencarian ini kerana anda juga telah dilihat sebagai seorang blogger yang peramah. (Uhuhu. aku memang terlebih peramah dah ni...)

Apa yang perlu anda lakukan selepas dijemput atau ditag?

1. Copy dan Paste entry ini beserta gambarnya ke dalam blog anda dengan menggunakan tajuk 'Pencarian Blogger Peramah 2011'; (Sudah copy dan sudah paste...)

2. Tag sekurang-kurangnya 4 orang rakan blogger anda yang peramah;

(Mmm...mmm.. takutnye nak tag org.. kang kena marah..)

3. Setelah menyiapkan entry tersebut, sila tinggalkan link entry anda di sini >http://www.ahsfantasy24.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html (Ok..Dah tinggalkan link kat blog ahsfantasy24)

4. Tiada paksaan dalam menjadi follower ahsfantasy24.com namun berbesar hati jika ada yang sudi. (Ok.. Saya jd follower ahsfantasy24, ahsfantasy24 pun kena la jadi follower saya jugak tau. Kita kan saling sokong-menyokong?)

5. Tahniah, anda seorang blogger yang peramah! (: (Terima kasih ahsfantasy24...)
 
P/s: Penyertaan akan ditutup selepas ahsfantasy24 mengumpul sebanyak 224 blog blogger peramah. Sesiapa yang terlepas untuk menyertai team blogger peramah musim ini di http://bloggerperamah.blogspot.com/, sila nantikan pembubarannya 6 bulan akan datang. Jika ada blogger yang sombong, sila laporkan ya.^^, (Ok ahsfantasy24, kalau MM jumpa mana2 blogger yg sombong, ti MM laporkan kat anda)

Mawar Merah













Monday, December 20, 2010

Cantik Tak Mekap I Yang?

MM: Yang, cantik tak mekap I?
Syg: Cantik sgt Syg. Ni yg buat I syg u lebih ni.
MM: Thank u Yang. I love u forever.
Syg: Oh! I love u too...

Hohoho! (Gelak ala Santa Claus sebab Hari Christmas da nak dekat). Mesti korang heran nape aku letak gambar kat atas tu. Actually saja je nak mengimbau kenangan manis di hari pernikahan aku dan hubbyku. Gambar lakonan tu kena tak dengan dialog kat bawah tu?

Actually, entry ni terbit kerana soalan seperti ditajuk tu la. Tadi aku lunch dengan Cayang kat Alor Star Mall. Alang-alang dah berada di shopping mall tu, aku pun singgah la bersama Cayang ke The Body Shop kat tingkat bawah tu untuk menopup peralatan mekap aku yang kian pupus dari lockerku. (eceh, sebenarnye banyak lagi. Tapi memandangkan hari ni gaji, so aku bedal la beberapa barang kat kedai tu untuk stok di hari muka). Aku beli bedak muka bersama eyeliner.

All In One Face Base (Base Double Fonction) No. 05 & Special Edition Kajal Eyeliner
(Sori kualiti gambar macam hampeh coz cameraku telah dicuri beberapa bulan yg lalu)
Setelah berjaya menolak godaan dari membeli set berus The Body Shop yang mahal nak mampus tu, aku pun berjalan la dengan hubbyku ke kereta untuk pulang ke ofis. Dengan excitednye (sebab baru beli mekap baru) aku pun kata kat hubby, "Malam ni kita main mekap-mekap eh?". Hubby aku pun mengiyakan je. Jangan pikir yang bukan-bukan ek. Aku ni memang suka mekapkan orang. Dlu masa di zaman sekolah, muka adik-adikku la yang menjadi mangsa. Di zaman universiti, muka kawan-kawan plak. Then, kalau kenduri kawin sedara-mara, memang aku yang touch-upkan mekap pengantin. but, aku bukanlah pro macam mak andam or jurumekap profesional yang lain.
 
Masuk je kete, aku masih excited tergedik-gedik pada hubbyku and berkata sambil buat muka comel nak tayang mekap mataku," Cantik tak mekap I Yang?". Hubby aku pun berkatalah," Cantik tu memang la, tapi asyik mekap untuk ke ofis je. Kat rumah tak nak plak". Zasssz!! Makan dalam betol. Ha'ah. Aku tak sedar yang aku jarang (jarang ye, bukan tak pernah langsung) mekap semasa berada di rumah. Ye la. Kat rumah pun pakai t-shirt and suar track je. Memang la selekeh kan coz kat rumah tu mode nak buat keje rumah and tido je. Bukan mode nak melaram dan bersantai.
 
Takpe..takpe.. Pasni aku akan melaram semasa berada di rumah. Walaupun aku sedang berpeluh-peluh menyapu sampah dalam rumah, aku akan cuba maintain vougue. Mesti hubbyku suka hati. Nak pegi buat rambut pulak la. Rambut dah lama tak dimanja. Fesyen apa ek yang sesuai untuk manusia tembam seperti aku ni?
 
Mawar Merah
 
 

Saturday, December 18, 2010

Solusi-Buku Agama Yang Mantap Untuk Orang Yang Mantap!

Bismillahirrahmanirrahim..

For this entry, nak promote skit majalah SOLUSI ni. Buku agama dan motivasi sebagai panduan hidup bersyariat, khas untuk umat Islam (non-Muslim pun boleh baca coz dia banyak beri motivasi). So, untuk manusia-manusia yang berjiwa "KACAU" macam aku ni, amatlah digalakkan membaca buku ni.

Hmm.. Mana aku dapat buku-buku ni? Alkisahnye aku balik kampung ujung minggu lepas, and "TER"jumpa la aku akan buku-buku ini, selonggok atas meja solek bilik hubbyku. Saper lagi yang letak and kasi kalau tak bukan Mak Mentua & Pak Mentuaku yang sangat aku kasihi (keh3). Buat susah2 je belikan untuk aku sebelum aku blik kampung and letak nicely kat situ. Thanks A LOT ayah & mak! I love you all lah!

Maka, aku pun (dah orang bagi free siap letak "KHAS" untuk aku dalam bilik tu kan) baca la buku-buku tu. Oh. Memang menyentap eh menyentuh kalbu betol.. Heheh. Aku, sebagai manusia yang berguna lagi cun, dan juga sebagai umat Islam yang nak SEMUA umat Islam/ manusia masuk syurga, pun menyeru semua kawan-kawan blogger atau sesiapa pun yang membaca entryku ini supaya membeli buku SOLUSI ni, baca, hayati dan praktikkan dalam kehidupan kita. InsyaAllah Allah sayang dan akan pelihara kita sentiasa.

Let me do a short review of one of the books ok. ;)


Ini la rupa buku SOLUSI tu. Buku plg atas yg diorang letak bertajuk "IMPAK DOSA".
Krisis timpa-menimpa, Resah melanda jiwa,
Seluruh sistem hidup jadi celaru,
Sengketa sesama manusia menjadi-jadi,
Ini lah...... IMPAK DOSA!
(Ha.. sentap tak!? eh. menyentuh kalbu tak? keh3)


Ayat yang menyentuh kalbu lagi

Petikan kata-kata pujangga dari penulis buku yang bersifat murni mahu memotivasikan manusia akhir zaman zaman macam aku.

Ha.. Dosa pun boleh dirawat. Bagaimana caranya? Kena la beli buku ni n baca sendiri...

Perasan tak tajuk topik kat atas tu-MACAM MANA NAK JADI BAIK? Ha.. Sendri mau pikir la.. Bukan mak bapak tak ajar. Macam parents aku la, diorang ajar aku macam mana nak jadi baik. Takde mak bapak yang ajar anak-anak supaya jadi jahat, melainkan spesis2 yang memang dah terpesong segala.

In this case, aku bertuah sangat sebab dapat buku-buku free ni dari parents in law aku. Bahagia je rasa. Sayang jugak ek diorang pada aku. Bagus la diorang beli buku ni untuk aku. Bukan saja aku boleh baca, malahan mereka sendiri or adik-adik ipar or sesape yang menyinggah ke rumah diorang pun boleh turut baca dan ambil iktibar.

Ingat tau kawan-kawan... Kalau dah beli buku ni, jangan lupa baca dan ambil iktibar tau.. Jangan beli je and buat tukun plak tau? Kalo tak, tak sampai la plak mesej2 yang nak disampaikannye tu..

Ok kawan-kawan (macam pengacara Mari Bertaranum), selamat beramal...

Mawar Merah

Kontest Blog Terkemas



Salam korang semua.. Recently, aku kena tagged dengan aweks ni Farah Cullen. Huhuhu.. Ye la dik.. Akak join la ek contest ni, walaupun blogku xbesh macam blog org len. Huk2. (Nantikan kemunculanku yg fresh lagi kebaboom and mantap ek). Hahaha. Sekali-sekala puji diri-sendiri takde salahnye. Lantak la orang nak kata aku perasan pun. Ngahaha =P 

Hana dan Fyza ni ada wat Kontest Blog Terkemas ! Nak tahu adiahnye, kena masuk dlu kontest ni dan menang ek. Baru la tahu apa adiahnye.

Mcm biase la, ada ke contest yang xde syarat2 sah solat? Eh. Syarat2 join contest? Ha, meh kita tengok syarat-syarat untuk join kontest Blog Terkemas ni.


Syarat-syarat wajib * nak gempak jap (kata Hana ni). muahaha (pun Hana yang ketawa camtu, bukan aku).


1. Follow blog Hana and Fyza . tak follow pun takpe but make sure korang salu update dengan blog diorang ok.


2. Make sure korang ada blog tau! no blog . no contest, no present ! hahah (Hana yang gelak) .


3. Buat satu entry dengan tajuk Kontest Blog Terkemas . amek banner kat atas ni sekali and make sure link kan terus ke blog hana atau link entry kontest ni .


4. Bila dah buat, bagi link entry korang dekat ruangan komen hana ok . submit link entry dekat blog hana je tau . senang sikit . kang tercicir habis kena pelengkung ngan korang . haha . (Hana yang nak pelengkung korang tau, bukan aku) ngeh3

5. Contest ni terbuka kepada semua warganegara Malaysia tak kira umur dan jantina. (Warga Indonesia, Filipina, Thailand, Amerika, Israel xbleh join kata Hana).


6. Tag 3 orang blogger ok :). Boleh tak aku tag blogger2 yg dah berjaya and terkenal kat cni mcm Redmummy, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Ben Ashaari? Kah3. Mahu kena pelempang diorang. Jgn mare wahai senior2 bloggerku yg sgt ku cayangi... Ok. Serious. Aku tag mereka2 ini yg bertuah. (Korang masuk tau, untung2 korang menang adiah tu).

Juan


Apih


Asy

7. Hanya 3 orang pemenang je akan dipilih . kalau nak tambah nanti Hana and Fyza akan gitau k.


PERHATIAN! (Ini diorang nak bagitau korang) : sebab takut ramai sangat, limit untuk join 1000 orang sahaja . kalau nak tambah hana bagitau :)


ha, tu je syarat-syaratnye. hadiah diorang cakap memang lumayan . tarikh tamat contest ni , hmmmmm .


TARIKH TAMAT : 1 FEBRUARY 2011 . kalau diorang nak cepatkan nanti diorang bagitau ok . ha, apa lagi , join la! haha :D

Mawar Merah

Saturday, December 11, 2010

Saya Rindu Sama Ini Budak..Uuuu...


My baby boo... Uuuu...
Uuuuu.. Apa la punya olang? Talak senonoh.. Mula2 je entry da uuuu...uuu.. Haha. Sorry readers. Entry kali ni mungkin akan menggelikan bulu ketiak anda sedikit maybe banyak kot coz aku tengah di lamun cinta sama budak dalam gambar ni. Er.. dia bukan lagi budak ok. Dia dah dewasa. Dan dialah suamiku. Jeng jenggg!!! Perkenalkan suami Mawar Merah!! Haha.

Alkesahnye, Cayang sudah kena pergi kursus selama seminggu... Again? What the fish!? Dah la jauh bebenor. Kat Sungai Petani nun.. Jauh tak? Jauh tak SP tu dari Aloq Staq ni? Sila la lempang beta kerana SP dengan AS tak la jauh mana. Dalam 90km je.. Huhuhu. Ha! Lempang beta! Lempang! Pang!! Kan dah kena? Haha! Tapi...tapi... Tetap jauh jugak...Wu... I miss U Cayang. Pesal la POLIMAS slalu hantar U gi kursus yg lama2...jauh2 ni? Tak tido lena I.. Huk2 ='(

Betol.. Aku kalo takde Cayang di sisi, memang tak tido lena. Memang takleh dok diam. Asyik teringatkan dia jek. Hilang sudah seri hidupku. Maklum la, perginya Cayang, tinggallah aku sorang2. Nak kata anak, anak rambut ada la buat peneman hidup di kala daku sunyi. Huk2. Why? Why!?? Korang nak tau tak nape seseorang isteri rasa tenang dan aman je bila berada di sisi suaminye? Ha, ini bukan auta ye. Ini adalah benar. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa terdapat sejenis hormon dalam badan lelaki yang akan terembes keluar dalam bentuk bau badan mereka. Bau inilah yang boleh buat seseorang wanita rasa tenang je bila berhimpit dengan pasangannye. (Wahai kaum lelaki yg belum kawin, jangan gunakan ini untuk "makan" kaum pompuan ye). No wonder aku syok dok bawah ketiak suamiku. Haha!

Cayang aku ni memang wangi tau. Tanpa koleksi perfumenye yang berkoyan2 bagai nak pecah loker rumah tu pun, dia still wangi. Kalau dia berpeluh2 lepas main badminton pun, takde bau hangit. Boleh kata, sepanjang kenal dan nersama dia, tak penah lagi aku bau busuk pada dia. Kalau korang nak tau, sebab ini la aku kawin dengan dia. Haha! Tipu jek. This is not the main reason. Just one of them. Cakap pasal koleksi perfumenye, Cayang memang hantu perfume. Boleh kata setiap tahun nak hadiah perfume. But, tahun ni aku dah tak belikan dia perfume. Aku belikan dia Nokia E5 kaler itam. Walaupun bdaynya belum tiba (1st Of Jan nanti je...), tapi aku seronok tengok dia leka tak berkedip anak mata main handfon barunye tu. (Glad you love it!)

Hadiah special for someone so Special. Hope U cherish it.
Semalam aku bersms dengan dia, bagitau kata aku payah nak lelap sebab dia takde kat tepi. (Eceh, baru je semalam tak tido sekali). Kata aku, gambar2 dan video2 dia je la yg dapat aku tatap, habuan pengubat rindu. Kata suamiku pula," Sayang jugak U pd I. Hihihi". Ternganga mulutku macam tak caye je dengan ayatnye. Seriously, aku pun tak tau nape dia cakap gitu. Maka, untuk membalasnye: Sayang, I bukan setakat sayang jugak je pada U, tapi I sayang U dengan sepenuh hati I ni. Tak percaye? Belah dada, tengoklah hati I ni. Hihi. XOXO.

I love you Sayang. Muahks! Percayalah...Kasihmu lama tersulam.. (Sila nyanyi mcm lagu Siti Nurhaliza ok)
Mawar Merah


Tuesday, December 7, 2010

Tahun 1432 Hijrah- Bermula Lagi Tahun Baru

Sempat lagi posing sebelum start keje
Salam. Hari ni 2 Muharram tahun 1432 Hijrah. Bermulanya tahun baru bagi umat Islam. Dah masuk tahun baru ni, mula la aku nak menulis wishlist baru untuk tahun ni pulak. Walaupun tahun lepas punya wishlist tak tercapai sasaran 100%, namun aku tetap bersyukur kerana aku berjaya survive dalam menghadapi dugaan-dugaan yang menimpaku throughout the past years.

So, apa pulak yang aku nak buat/capai dalam tahun ni?

1. Permantap ibadat dan amalan (solat, puasa, sedekah, zakat). Haji & umrah? Belum mampu. InsyaAllah kalau diizinkan Allah s.w.t dan dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah tahun ni,boleh la.

2. Kuruskan badan. Hahaha. Tiap-tiap tahun kata nak kuruskan badan, tapi berat tetap tak turun coz tak istiqamah. Ye la, camne nak istiqamah kalau kejap nak kurus, kejap nak mengandung. Tapi dah masuk tahun baru ni, datang keazaman untuk kuruskan badan dulu, baru la mengandung. Tapi, kalau diberikan rezeki zuriat di celah-celah program, aku terima. Boleh gitu? Sayangnye baju-baju aku yang cantik-cantik tu dah 3 tahun kena tinggal. Takpe sayang-sayangku, tahun ni kita akan bersama kembali. hehe.

3. Nak anak sulung. Ha... Kalau boleh tahun ni nak anak sulung lahir. Tapi kalau nak ikut rezeki setakat ini-belum nampak gaya. Kepada Sayang-Sabar eh Yang. Belum ada rezeki. Bukan I tak nak mengandung, tapi belum diberi peluang untuk mengandung. So, sabar ye.

4. Nak disahkan dalam jawatan. Ha.. Isu ni dah berbuih mulut aku berleter kat sini. Aku telah berusaha. Tapi kalau JPA dan pihak atasan masih tak nak terima aku bekerja dalam sektor kerajaan ni, aku redha dan pasrah. Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Tertutupnya satu jalan rezeki, maka Allah s.w.t. masih bukakan jalan lain. (Motivasi untuk diri-sendiri je la.. Dah pasrah..)

5. Nak bukak butik baju kat Alor Star. Wah3... Nak bukak butik plak. Sebelum tu, aku nak mantapkan dulu skill menjahit dan mendesign pakaian. Sebab main mission aku kat sini adalah untuk menghasilkan busana/pakaian muslimah, supaya semua muslimah boleh bergaya dan dalam masa yang sama tidak lupa untuk menutup aurat. But aku tengok, fesyen zaman sekarang pun dah makin baik. Dah banyak baju yang dilabuhkan dan kepala ditutup. Which makes me so proud of our designers nowadays.

6. Nak bersihkan hati, tak nak dah gaduh-gaduh, tak nak gosip-gosip, tak nak dah terjebak dengan gejala umpat-mengumpat yang tidak sihat. Walaupun ini bermakna aku terpaksa menjauhkan diriku dari beberapa golongan manusia yang kuat bergosip dan mengumpat. Korang buatlah dosa tersebut, aku dah tak nak. Ini juga memerlukan daya ketahanan telinga dan kesabaran hati yang mantap-baru la boleh berjaya. Takpe, aku percaya niat yang baik akan sentiasa Allah bantu.

7. Nak amalkan gaya hidup yang sihat. Meaning, nak makan pun makanan yang elok-elok saje dan buat aktiviti pun yang sihat-sihat saje. Bila aku sebut makanan yang elok-elok, apakah itu? Ye kawan2, maksud aku makan makanan yang kurang lemak, gula, garam dan minyak la. Aku cukup tak suka cara masakan yang menggemukkan dan berat. Tengok apa dah jadi pada badan aku yang 3 tahunnye dulu solid-molid? Dah berketul lemak dah pun. Aku dulu kalau lapar makan yogurt je. Selalu makan salad dan buah. Air pun air kosong je. Kadang-kadang bila teringin je makan KFC. Tapi semenjak membina hidup baru dengan orang-orang baru, maka style makan aku pun dah berubah. Kalau dulu makan hanya bila lapar, sekarang makan dah full-time job. Pagi, tengahari, petang dan malam. Cakap pasal gaya hidup sihat plak, dulu hobi aku tak lain tak bukan aerobik la. Jogging di tasik itu apabila tension tahap gaban. Window shopping juga-dan shopping bagaikan baju dah takkan dihasilkan. Namun, semenjak bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan isteri sepenuh masa ni, aku dah takde masa untuk diri-sendiri. Dulu ada la masa nak rawat diri gi spa, salun kecantikan-sekarang no way la. Balik keje dah kena masak, buat keje rumah mana yang termampu, then akan terjelepok depan tv dek terlalu penat. Hm.. miss the old days.

8. Spend time seadil-adilnya untuk ahli-ahli keluarga lama dan baru. Yeah!!! Ini isu yang panas. Kalau masa single dulu masaku memang untuk ahli keluargaku, namun not fully for them since aku ni terbuang jauh nun ke KL dan mereka di Kedah. Hanya sempat jumpa time cuti panjang je. Huk2, sedihnya hidup aku. Sekarang walaupun aku dah keje dan tinggal di Kedah, namun aku TETAP tak boleh berjumpa mereka selalu kerana perlu minta izin suami dahulu. Walaupun ada segolongan "mereka" yang membuat conclusion yang aku dan suami tinggal di Kedah dan spend time sepenuhnya dengan ahli keluargaku-YOU GUYS WERE WRONG! Kitorang di sini teramat jarang la (sejarang rambut orang botak) jumpa keluarga aku di sini. Jumpa pun tak sekerap suami jumpa familynya di Perak. Sampaikan adik bongsuku menangis bila di hari raya Aidilfitri dan Aidiladha pun aku tak gi jumpa diorang. Berdosanya aku kerana buat adik aku menangis gitu. Eh, wait. aku ke yang buat dia menangis? Atau "mereka" itu yang buat dia menangis? Ha, lu pikir la sendiri.

Akhir kata, selagi hayatku dikandung badan, aku akan cuba untuk buat dan beri yang terbaik untuk diriku sebagai bekalan di akhirat kelak, kepada keluargaku yang jauh di mata dan jasad, tetapi dekat di hati sentiasa dan tak lupa juga kepada suamiku yang kini sudah menjadi kembar siamku.

Mawar Merah 

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com