Monday, December 27, 2010

Nak Kulit Muka Yang Bersih & Licin? Ikut Petua Ni

Salam kawan-kawan...

Ini adalah entri pertama aku berkenaan tips kecantikan. Ok. Saper tak nak cantik kan? Semua orang nak cantik dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. AKAN TETAPI!!! (haha tetiba) Bila orang nak mengadili kecantikan, tak lain tak bukan mesti diorang tengok terus ke muka kita terdahulu. Ok. (berapa banyak ok da..) Nak muka nampak cantik? Bagi yang cantik semulajadi, bersyukurlah. Tapi bagi manusia-manusia yang tak cantik macam aku ni? Mekap la jawabnya. Nak mekap pun, kalau kulit menggerutu dengan jerawat, parut, jeragat segala, kureng jugak kan hasil mekapnye? So, nak mekap lekat cantik di kulit, asasnya (iaitu kulit muka) haruslah sempurna terlebih dahulu.

Bagi yang mempunyai masalah seperti kulit muka berjerawat, berparut, kering, berminyak, berjeragat, white head/black head- ubat bagi segala penyakit kulit tersebut tak lain tak bukan rutin rawatan muka yang berterusan dan konsisten. Aku dulu pun ada jerawat dan parut di seluruh muka. Plus muka berminyak sentiasa. Tapi, kerana rajin merawat muka, maka kulitku kembali normal. Alhamdulillah. Bagi yang tak nak ke salun kecantikan untuk mendapatkan rawatan muka, buat di rumah sendiri pun boleh.. Asalkan korang istiqamah.

Rahsia kulit muka sihat dan bersih dari segala kecacatan kulit adalah seperti berikutnya:

1. Bersihkan muka dengan sabun pembersih muka 3 kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
Kredit to Google
Ok la. Kalo korang malas or tak cukup masa nak buat tiga kali, dua kali sudah memadai iaitu pada waktu pagi dan malam (sebelum tido). Cuci muka di waktu tengahari baik untuk kulit kerana ia akan menyegarkan kembali kulit muka yang kehilangan air dan dapat mencuci kotoran-kotoran yang melekat di kulit muka. Jangan cuci muka lebih dari 10 minit, nanti kulit korang akan rasa tersiat akibat terlampau kering.

2. Toning atau gunakan penyegar kulit muka setiap kali selepas mencuci muka.
Kredit to Google
Ha.. Aku tau, tak ramai yang rajin guna penyegar selepas cuci muka kan? Korang tau tak kalau korang skip rejim penjagaan kulit ni, maka cuci la muka banyak mana pun dengan sabun muka dari produk jenama termahal dan terkenal, kulit muka korang tetap takkan jadi perfect. Sesungguhnya, toner atau penyegar ni la yang akan membantu mencuci kotoran-kotoran dan sisa-sisa sabun pencuci muka tadi kat wajah korang. Selain itu, toner inilah yang akan membantu menutup kembali pori-pori muka yang terbuka semasa muka di cuci dengan pencuci muka tadi. Cara terbaik apply toner ke kulit muka adalah dengan menggunakan kapas. Ambil kapas, letakkan toner di kapas tadi dan gosok lembut berulang-kali ke seluruh permukaan kulit wajah. Korang akan dapati kesan coklat/daki pada kapas tadi. Itu la kotoran yang masih ada di kulit korang yang menyebabkan kulit muka tersumbat dan seterusnya berjerawat.

3. Moisturising atau lembapkan kulit setiap kali selepas menyegarkan kulit dengan toner.

Kredit to Google
Melembapkan kulit juga adalah penting kerana kelembapan kulit selalunya akan hilang selepas kulit muka dicuci dengan sabun pencuci dan penyegar kulit. Tanpa pelembap ini, kulit muka korang akan menjadi sedikit mengelupas di bahagian-bahagian tertentu seperti celah hidung, hujung bibir, lekuk dagu atau hujung kening. Kalau pakai mekap kang, of coz la tak nampak cantik kerana muka akan nampak berkuping. So, make sure korang pakai jugak moisturiser ni ok. Bagi yang berkulit kering, carilah moisturiser dari jenis krim manakala bagi yang berkulit berminyak atau kombinasi, guna la moisturiser jenis light lotion. Macam aku, aku pakai Dewy Lotion from ZA. Sedap lagi baunya coz diperbuat dari ekstrak teh hijau. Orang yang rajin pakai moisturiser, kulitnya akan tampak lebih muda berbanding orang yang tak pakai moisturiser. Moisturiser juga boleh melambatkan penuaan kulit muka. Korang nak nampak muda sentiasa kan? Kan? Kan?

4. Scrub muka setiap 2 minggu sekali.
Kredit to Google
Kegunaan scrub adalah untuk mengangkat dan membuang kulit-kulit mati pada wajah korang. Parut-parut di muka kita tu kan adalah kulit mati juga. So, at the same time, scrub ni akan membantu memudarkan parut-parut di muka kita. Juga untuk buang black/white head tau. Semasa scrub, tumpukan pada kawasan-kawasan yang selalu mengelupas seperti di celah hidung, hujung bibir, dagu dan dahi anda atau di kawasan berblack head or berwhite head dan ber ber lagi.. Amaran: Jangan scrub kuat-kuat/tonyoh scrub di muka anda kerana dikhuatiri akan melukakan kulit anda. Dari nak buang parut, terus muka bertambah parut plak.

5. Pakai face mask setiap 2 minggu sekali.

Kredit to Google lagi...
Now now.. Kat pasaran ada macam-macam jenis face mask. Sama ada korang nak pakai yang jenis peel-off, pupur or face mask jenis kertas. (erk, btol ke dr kertas?). Face mask jenis peel-off ni selalunya untuk buang kulit mati, kotoran, black head, white head pada wajah. Macam aku guna jenama ZA coz masknye sangat power kuat. Boleh tarik black head kat idung ni. (Best!) Face mask jenis pupur pulak selalunya digunakan apabila korang mahu cantikkan kulit supaya kelihatan lebih bermaya dan sihat (dan juga ada pelbagai kebaikan lain) . Selalunya diperbuat daripada bahan semulajadi seperti oren, timun, tomato dan avokado. After tinggalkan kat kulit selama 5-10 minit, anda just perlu basuh dengan air sehingga bersih. Last skali face mask daripada kertas. Face mask jenis ni aku suka juga kerana senang dipakai dan tangan tak comot or belengas. Just bukak mask dan tekapkan ke muka selama beberapa minit. Usually, aku akan pakai mask ni sampai dia kering. Ha.. Baru puas hati coz serum or pelembap yang ada pada mask tu dapat menyerap sepenuhnya ke kulit muka aku.

Tak kesahlah korang pakai produk penjagaan kulit muka dari pape jenis brand pun, asalkan korang guna produk yang sesuai dengan jenis kulit korang- NORMAL, OILY or DRY. Nak selamat, guna la produk yang nearly 100% from natural resources like timun (bagus untuk detoxifying), honey (untuk melembapkan kulit muka), oren (untuk mencerahkan kulit) or tomato (awet muda).Kalau boleh, jangan campur-campur produk coz kita tak tau for sure bahan apa yang ada dalam produk yang kita pakai tu. Dibuatnya ada chemical reaction lepas campur, naya je muka korang. Terus jadi lagi teruk. Ok. Rajin-rajinkan diri untuk amalkan 5 langkah penjagaan kulit muka di atas. Dan kulit yang bermasalah akan kembali normal.

12 comments:

Mommy Pinky said...

wah, dulu org rajin gler guna scrub ngn masker seminggu sekali. sejak kawen kot dah xrajin. sengal jek :D

Mawar Merah said...

@Mommy Pinky Aiseh Jana. Sm la. Org pun. Skrg dah takde masa. Cuma bebaru ni org bersemangat blik nak jaga muka. Tu yg wt entri ni. Huhu

bantalbucuk said...

akak memang pakai za je eh..? ok x..? kawan kita kata za tu ok..

Mawar Merah said...

@bantalbucuk Ha'ah. Akak pkai ZA. Dia punye toner n moisturiser dia xtajam n lembut to skin. Suke (^.^)

maIra said...

kak,thanx kc tau..nak try gak la za if gitu..=)

ardmad said...
This comment has been removed by the author.
ardmad said...

Salam sejahtera.

Saya ingin sekali berkongsi dengan admin blog dgn followernya tentang satu website yang mempunyai beberapa info dan teknik yang berkesan untuk anda semua yang ingin menghilangkan jerawat pada muka dan seluruh badan anda. Jika anda inginkan infonya anda boleh pergi ke website ini:

Teknik dan info berguna untuk menghilangkan parut pada badan - klik sini

Harap semua disini dapat meluangkan sedikit waktu untuk melayari website tersebut.

Terima Kasih.

annedany said...

Cuba guna bedak muntah belut asli..insyaAllah, berkesan....boleh dapat kat sini www-bedak-muntah-nelut.blogspot.com

ummukhadeeja said...

Best info..blh guna tips ni^^

ummukhadeeja said...

Best info..blh guna tips ni^^

madiha said...

Kalau nak kulit muka cantik dan berseri2 bleh try guna aloe vera jelly.....
Ia juga boleh merawat penyakit kulit...
http://muslimchoices.com/?p=aloe_vera_jelly&s

Anonymous said...

Boleh tak pakai scrub muka shj.

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com