Wednesday, December 29, 2010

Camne Nak Tampil Cantik Secara Asli Tanpa Mekap (Macam Orang Dulu-dulu)

Gambar Saloma: Kredit to Google utk gambar

Salam abang-abang, kakak-kakak, ibu-ibu semuanya.. Kali ini Mawar Merah ingin memaparkan rahsia BESAR kecantikan asli mak-mak dan opah-opah kita semasa mereka masih muda remaja. Korang tak pelik ke macam mana perempuan-perempuan zaman dulu pinggangnye boleh ramping kerengga, dadanye montok, pinggulnye melentik (kaum lelaki please jangan bayang eh!), kulit mukanye alahai mulus macam kulit telur itik? Sedangkan perempuan zaman sekarang (kita la tu!) pinggang berlipat-lipat, perut buncit, bontot (ops! pinggul lebih sopan bunyiknye) lebar dan jatuh, dagu berlapis, muka berjerawat? Orang zaman sekarang kalau nak cantik sampaikan kena mekap tebal, pegi buat liposuction segala. Orang dulu guna satu cara je. Apakah cara itu?

Ha.. Sesungguhnya kecantikan asli mereka itu lahir dari amalan pemakanan yang seimbang lagi sihat-iaitu ULAM! Orang dulu-dulu tak tibai KFC, McD, Pizza Hut, Nandos, Kenny Rogers etc. Mereka tibai ULAM! Aku bukan cakap bohong tau. Buktinye ada di depan mata korang sendiri. Balik la kampung and mintak mak korang album diorang masa kecik-kecik and muda remaja dulu. Then tanye mak and opah kurus ramping makan apa. Tak lain jawapannye makan ulam la. Ulam banyak khasiat dia- vitamin anti-bakteria, anti-oksidan etc. Ada yang boleh bantu kurangkan berat badan, cantikkan kulit, cerahkan penglihatan, buang kencing manis dan darah tinggi dan macam-macam lagi la. Tapi aku tak ingat la khasiat setiap ulam tersebut.

Aku memang hantu ulam. Kalau ada ulam depan mata aku, memang aku makan macam kambing. Masa arwah nenek bela aku dulu (al-Fatihah untuk nenekku), memang hari-hari makan ulam. Arwah nenek ajar aku makan ulam dengan sambal belacan seawal usia aku 4 tahun. Aku masih ingat lagi Tok (panggilan nenek aku) tanye aku, " Sedap dak?". Aku angguk and tibai lagi ulam and sambal belacan tu. Sampai habis sepiring. Memang sedap walaupun rasanye bercampur-campur-pahit, kelat, manis, masin (sambal belacan).

Aku wat entri ni bukan apa. Sebab aku tau ramai golongan belia dan remaja zaman sekarang tak tau ulam-ulaman yang ada kat Malaysia ni. Yang diorang tahu makan timun and tomato je buat ulam. (termasuklah suamiku-bandar style beb). Siap dia tanya aku nape aku makan daun tu. Kikiki. Adei.. Kelakar. Daun U cakap Yang? Itu ulam la. Takkan I nak makan sebarangan plak.. Alahai.. Rindunye zaman dahulu kala, hari-hari arwah Tok serve ulam masa makan tengahari and dinner. Rumah Tok penuh ditanam ulam-ulaman sekeliling kampung. Memang best.

Meh kita berkenalan dengan ulam-ulaman meh. Mudah-mudahan lepas ni ramai yang rajin makan ulam.
PUCUK PUTAT
Makan mentah. Rasa kelat-kelat manis.

Kredit to Google
ULAM RAJA
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit sedikit.

Kredit to Google
PEGAGA
Makan mentah. Rasa pahit-pahit manis.

Kredit to Google

TERUNG BELANDA/ PIPIT
Direbus atau makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
CEMUMAR
Makan mentah atau direbus. Rasa pahit-pahit manis.

Kredit to Google
DAUN SELOM
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
PUCUK & BUAH MENGKUDU
Direbus. Rasa pahit yang amat!


Kredit to Google
 DAUN KADUK
Direbus. Rasa sedikit pahit dan sedikit manis.

Kredit to Google
SEKENTUT
Makan mentah. Rasa pahit-pahit manis. Bau macam kentut orang!


Kredit to Google
 CEKUR MANIS
Makan mentah. Rasa manis-manis pahit.

Kredit to Google
PERIA PANTAI
Direbus. Rasa pahit. Sedikit manis.

Kredit to Google
Selain ulam-ulaman yang aku sebutkan di atas, peria katak, pucuk inai, pucuk petai belalang, jantung pisang, pucuk daun letup, kangkung dan macam-macam lagi jenis ulam yang aku tak tersebut dan tak teringat namanya sering menjadi kegemaran peminat ulam. Cicahlah dengan budu, cencaluk, sambal belacan secara mentah atau direbus, memang sedap and layan syok habis bila makan dengan nasi panas.

Semoga amalan memakan ulam akan membantu kita mendapatkan tubuh badan yang sihat lagi sempurna. "Kecantikan adalah hak milik setiap insan" =P




22 comments:

Cik Nina said...

saya pun suka ulam, tp xde la slalu sgt mkn ulam. npk gaya, pasni kena tanam la sume okok tu kt umh. hehe btw, tq 4 dis info ;)

Mariana said...

alaaa kene makan ulam gak ni...byk ulam2 tu sy xmakan. hehe

Fxysche Nas said...

pernah try pegaga je...
ohhhh nmpknye kne libatkn diri ngn ulam2 pas ni =D

cinta khadijah said...

baru practice nak mkn sayur..hikhikhik...

arenice said...

bgus sgt saranan uh..tp nk tgok pokok2 ulam uh pn owg jarg thu n tgok..cm ne uh/?

noreed said...

mmg bagus makan ulam ni, masalah sy memang tak leh masuk lah ulam2

bantalbucuk said...

wah..rupanya banyak lagi ulam yang kita leh makan ek..siap ada daun sekentut tu..hehe..;p

Bit Zamri said...

suka makan terung belanda tu..mak masak sambal ikan bilis..sedap nye...ahahaha
nak mamam!..

mata saloma..woooww!

Mawar Merah said...

@Cik Nina Eh. Sm la.Dlu dok dgn arwah nenek, hr2 blh mkn ulam. Skrg dh xduduk kg, susah nak cr ulam. Ur welcome.. (^.^)

Mawar Merah said...

@Mariana Makanlah ulam utk tubuh badan yang sihat. Pesanan ini dibawakan khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Hihi (^.^)

Mawar Merah said...

@Fxysche Nas Kalau lidah boleh terima pegaga, insyaAllah ulam-ulam lain pun boleh juge.. (^.^)

Mawar Merah said...

@cinta khadijah Hehe. Practice makes perfect! (^.^)

Mawar Merah said...

@arenice Belajarlah dr ibu-ibu, bapak2 yg suke mkn ulam. Huhu! =p

Mawar Merah said...

@noreed Xpe.. Slow2. Jgn dipaksa diri mkn ulam. Kang muntah ijau kang..

Mawar Merah said...

@bantalbucuk Penah try daun sekentut? Sodap wo.. Haha

Mawar Merah said...

@Bit Zamri Sedap kak terung belanda masak sambal ikan bilis. Wow! Marvelous! (^.^)

QUEENPINK said...

sedap ulam raja..saya suka makan...

Acik Mano said...

bagus makan ulam2 ni...baik tuk kesihatan, kalau d kg free je, yg penting rajin jalan d keliling kampung, balik umah penuh tangan dgn ulam2... sayang nye la ni anak2 muda x berapa suka makan ulam...

zuera said...

Zuera suka mengamalkan petua lama tetapi dengan cara baru iaitu dengan menggunakan abstrak asam jawa. A's First Special Cleanser membantu mengekalkan kejelitaan wajah secara semulajadi :)

Mawar Merah said...

@QUEENPINK Cuba try daun bebuas. Rasanye pun lebih kurg sdap sm mcm ulam raja. (^.^)

Mawar Merah said...

@Acik Mano Ha'ah. Diorg asyik mkn "ulam" moden je-timun, tomato, salad.

Mawar Merah said...

@zuera Wow. Bagus gak produk berasaskan bahan semulajadi ni. (^.^)

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com