Wednesday, August 11, 2010

Saya Mengandung Ke Tak Ni Doktor?



Baru mimpi dapat anak kembar =P



ClearBlue Pregnancy Test Kit- 99% accurate



So, pagi tu, aku dan Jat pun bertolak la dari rumah kitorang ke Dulang Besar, Yan. Sepanjang jalan K1 tu aku drive, jantung aku macam nak tercabut je rasanya. Mana tak nye, tengah sedap drive and layan pemandangan kampung dengan sawah padi yang menghijau dan udara kampung yang nyaman tu, dah 7-8 kali aku brek mengejut (aku bawak kete 80km/jam je ek). Ada la makhluk-makhluk tak sayang nyawa ni bawak kete and motorsikal serupa beruk takde lesen je. Nak masuk simpang main masuk je. Tak bagi signal langsung. Tak kurang jugak dengan yang kuar dari simpang macam gitu je masa kete aku dah dekat dengan diorang. Bajet badan ko tu kebal la ek? Kalau la aku ni jenis yang tak kesiankan pengguna jalanraya yang len, maunye pala mamat motor tu dah terkulai di bawah tayar kete aku ni. Wahai penduduk kampung-kampung sepanjang jalan K1, berhemahlah memandu di jalan raya. Kerajaan menyediakan prasarana tersebut untuk kegunaan semua rakyat, bukan untuk dibuat jalan "makbapak sendiri" ok!? Sayangilah nyawa anda!
Setelah selamat sampai ke tapak projek Balai Bomba tersebut (alhamdulillah...), aku dan Jat pun berkumpul dengan team pemeriksa yang len. Aku ni excited la bagitau Kak Fidah yang period aku dah lambat seminggu. Dia pun kata, "Pi la check. Mana tau lekat kali ni". Aku pun memang plan nak gi check jugak-jugak dengan Doktor Noriah habis je keje ti. Aku pun bagitau Jat and Kak Fidah yang aku tak nak buat keje berat-berat sangat kat tapak projek ni, takut jatuh lagi bb kalau ada. (Actually, aku penah keguguran masa jalan-jalan dengan family Syg kat KL). So, kali ni aku taknak pisang berbuah dua kali. Syg memang mengidam nak anak cepat-cepat. Aku ni lagi la kepingin. Aku memang suka baby. Zuriat sendiri apatah lagi. So, lepas mesyuarat pra-penyerahan selesai, aku dan team pun mula la masuk sebuah demi sebuah bangunan di premis tu, dari ruang ke ruang. Then, tiba la turn untuk Menara dan Bangunan Balai Bomba 4 tingkat ini diperiksa. Hadoiyya!! Kena naik 7-8 tingkat jugak la aku hari tu. Penat wo check bangunan. Nak kena periksa setiap pelosok ruang tau! Dah habis tu, team penyelia projek pun belanja makan ITIK GORENG. Pergh!!! Sedap wei. 


Sampai-sampai je klinik, aku pun daftar di kaunter. "Doc tak masuk lagi la kak. Pukui 4 baru masuk" Halamak! Doc dah kaya la katakan. Takat patient hilang 6-7,8 orang sehari tak beri kesan. Aku pun decide nak tunggu je Doc tu coz aku dah taktau nak gi ke klinik len plus badan dah macam sayur bayam layu. Dah lemah sangat dah dek naik turun balai bomba tadi and drive 100km. Ting!! Dah pukul 4 ptg. Aik! Mana Doc ni. Kata masuk balik pukul 4. Takde pun. Muka aku yang dah pucat lesi ni berubah menjadi masam dan berkerut. Perut aku tetiba je cramp, bloat and darah makin banyak turun. Doc pun masuk jugak akhirnya. Dan nama aku pun dipanggil dahulu. (Hehe. Tak rugi daftar dulu and buat appointment). Then, aku pun citer trus kat doc yang aku nak check sama ada aku mengandung or not. Belum sempat doc bagi soalan, aku dah citer pung-pang dulu. Nak check coz period dah due seminggu. Kitaran haid 28hari. Paling lambat 30hari. Makan asid folik dan minum susu Anmum Materna (petua sepupu Syg). Tadi gi naik turun bangunan 7-8 tingkat, tetiba darah turun. So, nak check la darah tu darah period or darah bb basuh muka (istilah orang2 tua bagi yg baru mengandung, tapi turun darah secoet). Doc pun suh la aku gi wat urine test.(Erk, nak buat lagi ke. Semalam da buat, tapi negative, Wat HCG Bloodtest tak leh ker?). Aku pun gi la ke toilet untuk "produce" sample air "wee-wee". Pas letak kat kaunter dan duduk, sambil menunggu keputusan ujian,sorang kakak ni tanye,"Dah lama kawin ke?"." Baru je 10bulan". Jawab aku. Dia pun mengangguk. Aku pun senyum (walaupun perut makin sakit). Aku tengok di tangan dia ada gambar 2D kandungan dia. Wah... Bestnye dia. Mengandung. Patut la muka dia manis je walaupun sejam lebih menunggu doc tadi bersama-sama aku.


"Siti Ramlah". Nama aku dipanggil sekali lagi. Aku pun masuk dan duduk. Dup!Dap!Dup!Dap! Berdebar-debar ni nak tau keputusan. Hamilkah aku? Aku tenung muka Doc Noriah. Muka dia macam pelat je nak bagitau aku keputusan. Tak hamil ke? "Keputusan dah dapat. Memang puan period ye". "Er, memang tak mengandung ke doc?. Tapi period saya dah lewat seminggu ni". "Tak. Ujian pun tak dapat kesan hormon HCG tu". "O..habis tu, kenape period saya lewat seminggu doc?'."Ini la masalah kaum perempuan zaman sekarang. Payah mengandung coz berat badan berlebihan. So, hormon jadi tak stabil. Tu yang period lambat seminggu tu". (Wa..sedihnye..aku masih gagal mengandung). Dengan hati yang sedih, aku pun balik rumah. Syg balik lambat lagi. Aku pun text message kepada Syg. "Negative mengandung. Doc kata period lambat coz hormon tak stabil. Badan gemuk, payah mengandung. Kena kuruskan badan dulu". Syg diam je. Tak kata apa pun. Sambil-sambil tunggu Syg balas message, aku pun terlelap akibat keletihan dan kesedihan yang melampau. Dalam tidur, air mata aku bergenang.



Nak bb jugak.. Nani dah mengandung 2 bulan pun. Aku bila lagi? Isk isk

6 comments:

Mommy Pinky said...

Hi dear, jgn la sedih2..maybe ade hikmah disebalik semua nie..berat bdn dah naik ker? hehe

tak pe, cuba slow2, doa pun kena mantap, sekarang bulan Ramadhan, doa mudah dimakbulkan. lagipun, usia perkhawinan pun masih muda kan. nak suruh honeymoon lagi la tu :)

p/s: zana sentiasa doakan ramlah cepat dpt bb juga :))

Wanita Hari Ini said...

huk.huk. thanks zana atas doamu..orang doakan zana selamat melahirkan bb nnt.dah confirm nama ke? (^.^)

naOko AsKikaGa said...

huhuhu kes akak nie sama je cm sy..gi pakar sakit puan pastu doc ckp sbb berat naik mendadak horman xstabil, kena kuruskan balik ke berat asal sblm kahwin..baru leh mengndung..sedih kotttt..tgk kakak ipar yg berisi lg dr sy pun mengndung je siap dh beranak dh hr tu..xkan sbb gemuk je sbb ny..huhu

lela ela said...
This comment has been removed by the author.
lela ela said...

salam kawan .. saya lela masalah saya ni saya dah 3minggu tak datng haid tapi saya sering buang air kecil , kurang selera makn ., megrin , lemas , dan buah dada pun rasa sakit sangat nak pakai bra pun tak boleh .. adakah saya dah mengandung .. siapa yang ada pegalaman boleh bantu saya ??

Anonymous said...

rileks la, u dah berapa lama kahwin? Enjoy your married life first! Mentaliti masyarakat kita bila kahwin je kena TERUS mengandung, kita tak nak menikmati peranan baru yg kita pikul sbg suami isteri tu.
Kita banding2 pulak dengan org lain, semua dah mengandung, semua ada anak cepat...
Kebahagiaan kita terletak macam org lain juga ke?
Saya sendiri sudah berkahwin lebih 1 tahun, kami melancong ke luar negara, buat aktiviti kegemaran bersama, eratkan hubungan keluarga bisan, belajar kenali ahli keluarga masing2... semua tu AMAT2 membahagiakan...
So rileks girl... enjoy your beautiful life... Anak itu akan datang bila kita betul2 ready & Allah sentiasa tahu yg terbaik untuk hamba-Nya.

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com