Monday, August 2, 2010

Cadangan Menyambut Anniversary Perkahwinan/Percintaan Yang Romantik Bersama Pasangan



Salam.. Ada sesaper bakal menyambut anniversary perkahwinan tak lama lagi? Ha... MM ada cadangan untuk korang semarakkan lagi anny korang bersama suami ke, tunang ke, bf ke.. Resepi untuk "date" pada sambutan ulangtahun ini ialah sebuah ruang yang separa gelap (supaya korang bole nampak muka pasangan korang yang maybe tersenyum/meleleh air mata/tido and at the same time timbulkan perasaan romantik). Pastikan ruang tersebut tidak terlampau sejuk atau terlampau panas-biar sedang-sedang je suhu bilik. Lagi, korang perlukan televisyen (tak kesah la skrin kecik or besar, yang penting dua-dua dapat tengok) dengan CD/DVD player (sekarang orang tengok DVD je kan?). Kalau nak best lagi, spray skit-skit perfume bilik, nyalakan lilin dua tiga ketul kat rak tv tu and tabur skit bunga-bunga ros kat sofa tempat korang duduk dengan pasangan korang tu.

Biar ada lilin skit, baru la romantik..


Citer-citer Filem Romantik Komedi yang MM dah tengok dengan hubby di rumah....



Filem: Did You Hear About The Morgans?
Pelakon: Hugh Grant, Sarah Jessica Parker.
Sinopsis: Paul dan Meryl Morgan adalah couple Manhattan yang perkahwinannya bakal hancus.. Tapi rupa-rupanya diorang cuma memerlukan sedikit perubahan dalam kehidupan rutin untuk kembali bersama. Tragedi bermula apabila Morgans ni telah TERsaksikan satu pembunuhan dan keran itu la diorang telah dihantar oleh polis kerajaan ke sebuah bandar kecil lagi terpencil, Wyoming untuk bersembunyi daripada pembunuh tersebut. Kat situ la perkahwinan diorang mulai pulih kembali...

                                               

Filem: He's Just Not That Into You
Pelakon: Ben Affleck, Jennifer Aniston, Drew Barrymore, Jennifer Connelly,Bradley Cooper, Ginnifer Goodwin, Scarlet Johansson, Kevin Connoly, Justin Long.
Sinopsis: Ingatkah anda pada lelaki cute yang janji dia akan call anda? Dan... dia tak call pun? Ini mungkin kerana "Dia Bukannya Minat Sangat Pada Ko"! Act, citer ni pasal Ben yang tinggal serumah dengan Jennifer (dah lama bercinta) tapi masih belum berkahwin. Ada plak sorang kwn Jennifer yang masih single dan telah beberapa kali kuar date dengan mamat2 yang dikenenkan oleh kwn2 dia, tapi sorang pun tak lekat. Sorang lagi kwn Jenny dan Ben yang dah berkahwin ni nampak mcm rumahtangga perfect, saling cinta dan setia pada pasangan masing-masing, tapi rupa2nya si suami kecundang kepada godaan pompuan senpurna ni (Scarlet Johansson). Semua pompuan2 ni mengalami isu yang sama- lelaki-lelaki tu bukannya suka sangat pada diorang. So, apakah nasib pompuan2 yang teraniaya ni?...

                                                

Filem: Over Her Dead Body
Pelakon: Eva Longoria Parker, Paul Rudd, Lake Bell, Jason Biggs.
Sinopsis: Paul dan Eva sangat bz menguruskan majlis garden wedding mereka-Eva lagi la sibuk coz dia ni perfectionist. Sampaikan arca ais berbentuk angel yang Eva tempah ni pun tak menepati citarasa Eva kerana Eva order angel-tapi yg dtg pd hari persiapan tu adalah arca seorang wanita tanpa sayap. So, Eva yang tgh hangat ni pun suh la laki tu bawak balik arca tu dan tambah sayap. Laki tu yg tak puas hati dgn Eva pun undur lori dia sampaikan hampir melanggar bunga gardenias kesayangan Eva. eva yang cuak dan sangat sayangkan bunganya itu pun cuba stop lori tu, tapi instead, dirinya yang tak selamat kerana ditimpa arca ais lalu mati. Setahun sudah Eva tiada, Paul tak leh lupakan Eva dan masih hidup single. Adik pompuan Paul nak Paul ceria kembali. So, dia berkomplot dengan pompuan tukang tilik utk tipu ni utk tipu Paul dengan mengatakan roh eva suh Paul move on. Instead, mmg roh Eva yang mati tak tenteram datang betol2. Wuuu.. Horror? Not...

                                                  

Filem: The Bounty Hunter
Pelakon: Gerard Butler, Jennifer Aniston.
Sinopsis: Milo Boyd (Gerad Butler), sorang bounty hunter ni dikehendaki untuk menjejak bekas bininya, Nicole Hury (Jennifer Aniston) yang telah masuk dalam senarai orang tahanan polis di atas kesilapan memandu. Milo ni memang tengah struggle untuk sara hidup coz dia dah dibuang kerja sebagai polis. Dengan dendam kepada ex-wife dia ni, dia pun tangkap ex-wife dia. Ex-wife dia ni (sorabg reporter) enggan ikut dia ke balai polis kerana tengah bongkar story kes bunuh diri (yang sebenarnya kes bunuh). Maka, Nicole buat perjanjian kepada bekas suaminya yang gila duit dan tak sensitif dengan sejarah lama percintaan diorang ni supaya lepaskan dia supaya dia bole siasat kes bunuh tu, dan dia akan bayar duit kpd ex-hubby dia dengan jumlah upah tangkap dia....

                                                  

Filem: The Ugly Truth
Pelakon: Gerard Butler, Katherine Heigl.
Sinopsis: Abby Richter (Katherine Heigl) adalah sorang produser rancangan yang romantik dan masih mencari Mr. Perfect. Stesen tv Abby mengalami penurunan dalam rating popular. Kebetulan plak, bos Abby amik mamat perangai busuk ni, Mike Chadway (Gerard Butler). sorang personaliti tv rancangan tentang hubungan lelaki-wanita bagi naikkan balik rating. Teori Mike tentang lelaki ialah TIADA lelaki yang cintakan wanita untuk hati atau personalitinya. Semua lelaki hanya mahukan pompuan yang cun dan seksi untuk on-off relationship. Abby yang tak suka Mike keja di stesen tv dia ni (kerana tak leh terima teori Mike) kemudiannya telah terima perjanjian Mike bahawa jika dia berjaya pikat lelaki guna teori Mike sehingga dapat bf, maka, dia tak leh halau Mike dari situ. Jika teori Mike tak berjaya, maka Mike kena blah dari situ...

Ni sebenarnya cuma beberapa filem romantik komedi yang MM dah tengok. Belum masuk lagi yang bertimbun-timbun tersusun kat rak DVD tu. Pape pun, try-try la cadangan MM ni. Maybe korang dan pasangan akan suka citer-citer ni dan amik iktibar. Tapi, heheh, diingatkan, cadangan ini hanya bole ditiru sebijik oleh pasangan yang dah berkahwin tau.. Bagi yang masih bercintan-cintun tu, gi tengok kat wayang tempat orang ramai je la ek.


4 comments:

Anonymous said...

Hі! This is κinԁ of off topic but I neеd some advice from an eѕtablished blog.
Is it vеry hard to ѕet up yоur own blоg?
I'm not very techincal but I can figure things out pretty quick. I'm
thinking about creating my own but I'm not sure where to begin. Do you have any ideas or suggestions? Thank you

Here is my web blog ... chatroulett

Anonymous said...

Τheгe is definatеly a lot to find out
about this subject. I love all the points you made.


My ѕite - chat Rooms offer

Anonymous said...

Yes! Finally sоmeоne writes abοut detacheԁ retinа.


My wеbsіte - russian based website
my website - video chats

Anonymous said...

Heу vеry niсe blοg!

Stορ by my wеblog - best cure for premature ejaculation

Post a Comment

Sham dan Ramlah -Forever & Ever-

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
anang

Get this Mp3 @ Weblagu.Com